Berita EPL Terkini - Malaysia


Berita EPL Terkini - Malaysia.

SOUTHAMPTON 31 Okt. – Antonio Conte bertegas bahawa masih terlalu awal untuk melabelkan Chelsea sebagai calon juara Liga Perdana selepas pasukannya mengekalkan rekod cemerlang mereka menerusi kemenangan 2-0 di Southampton hari ini.

Pasukan Conte telah mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam liga untuk kali pertama dalam tempoh 18 bulan dan mereka hanya berada satu mata di belakang pendahulu Manchester City selepas mempamerkan permainan hebat di Stadium St. Mary's.

E...den Hazard membuka tirai jaringan pada minit keenam dan sepakan lencong Diego Costa pada babak kedua memastikan Blues menang selesa.

Persembahan menyakinkan ditunjukkan oleh Chelsea kebelakangan ini termasuk ketika menentang Southampton yang juga sedang berada dalam prestasi bagus telah membuktikan bahawa Blues mula serasi dengan taktik diterapkan Conte.

Bagaimanapun pengurus Chelsea itu menepis tanggapan pasukannya adalah calon juara, walaupun mengakui dia semakin yakin bahawa tugasnya membina semula pasukan itu mula menunjukkan hasil.

"Jika anda tanya saya ramalan mengenai kejohanan, sukar untuk menjawabnya. Adalah pen­ti­ng untuk melepasi bahagian pertama musim, kemudian selepas Krismas anda dapat lihat sama ada anda mampu bersaing untuk merebut gelaran juara.

"Jika anda tanya saya apakah saya yakin? Ya, kerana kami be­kerja keras dan saya melihat ba­nyak perkara positif.

"Ketika ini adalah lebih penting untuk melihat kepada kedudukan liga. Kami berkedudukan agak baik tetapi yang paling penting adalah bekerja keras.

"Ada kalanya anda boleh menang tetapi anda tidak nampak cara yang betul, tetapi sekarang, perlawanan demi perlawanan, saya sudah nampak banyak perkara positif. Saya berkeyakinan, tetapi kami masih boleh memperbaiki banyak perkara," kata pengurus dari Itali itu.

Dengan keputusan Conte me­ngubah formasi pasukan kepada menggunakan tiga pemain pertahanan menampakkan hasil apabila tidak dibolosi dalam empat perlawanan liga manakala Ha­zard dan Costa kembali ke prestasi terbaik mereka, semangat baharu mula menjalar ke seluruh pasukan Chelsea. – AFP


Random image that no relation with the story above

Berita EPL Terkini - Malaysia


Source Here
Random image credited to i2.wp.com


Related Posts To Berita EPL Terkini - Malaysia


Berita EPL Terkini - Malaysia Rating: 4.5 Posted by: Unknown

Search Here

Popular Posts

Total Pageviews

Recent Posts